Archives

10

Memori terakhir 2010

Izzatie Natasha Friday, December 31, 2010
Hi there! As we all know, today is the last day for 2010. So that, I want to make something as a memory of 2010.

Ecece. Mula-mula je speaking. Hehe. Nama saya Izzatie Natasha Binti Shadan. Saya baru je buat blog. Kenapa tiba-tiba saya buat blog? Ha.. Inilah yang nak saya ceritakan untuk entri pertama saya ni.. Check it out okay! 
hehe.. That's me!

Bagi saya, tahun 2010 ni penuh dengan suka dan duka. Apa yang suka? Apa yang duka? Yang sukanya, untuk pertama kalinya saya dipilih mewakili UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dalam 5th LAWASIA International Moot- National Rounds. Bukan senang nak masuk pertandingan ni. Walaupun team kami tidak berjaya ke peringkat International, tapi saya tetap proud of my team ( especially my teammate, Ariff Hakimi and Farina and our coach Dr.Rohaida). Selain itu, untuk pertama kalinya juga, saya dapat Hadiah Biasiswa Kanan. Alhamdulillah. Hurm.. Banyak juga la perkara happy yang berlaku Along The Way of 2010.



Antara yang dukanya,   pada tanggal 5 Ramadhan tahun ini, Allahyarham nenek saya (saya panggil emak) telah pergi menghadap Ilahi. First time in my life saya kehilangan orang tersayang. Sedihnya bukan kepalang (Al-Fatihah). Walau bagaimanapun, sebagai seorang hamba, saya redha dengan takdir Ilahi. Semoga roh mak dicucuri rahmat.



Banyak sangat bercerita, lupa pula nak cerita Kenapa tiba-tiba saya buat blog? Mula-mula saya takut nak buat blog sebab saya ni tak mahir dalam bidang penulisan. Tapi bila fikir-fikir balik, why not saya buat something as a memory of 2010. Maka, terciptalah blog ini. Kira blog ini 'Memori terakhir 2010' saya.





Kepada tahun 2011 yang bakal menjelma, saya harap saya akan menjadi 'a better person' than this year. Semoga segala-galanya berjalan lancar. Apa azam tahun baru saya ye?? Nanti saya fikirkan dan akan saya kongsi dengan kawan-kawan semua. :)




Akhir sekali, oleh sebab saya ni masih "baby" dalam dunia blogger, saya harap you guys dapat beri tunjuk ajar. "Sharing is caring". ;)

Sekian...

Sambung Baca >>

Sponsored By

 
Copyright 2010 Dealova Lover
Dealova Pink Blogger template Installed by ARC™