You Are Reading

5

Ada Apa Dengan Tahun Baru..??

Izzatie Natasha Saturday, January 1, 2011
Hello guys..!! Happy New Year to all.. :) Hurm.. Bercerita pasal tahun baru ni, sebenarnya Ada Apa Dengan Tahun Baru ye..?? Yang saya tahu, apa yang sinonim dengan tahun baru ialah azam baru and fireworks. 

Saya tak faham kenapa orang sibuk2 nak celebrate New Year. Jadi, saya pun sibuk2 la nak sambut New Year gak. Hehe. Kali ni saya sambut dengan 3 orang jejaka bertuah.Last year dah celebrate dengan family, kali ni bagi chance kat kawan2 pula ( siapalah jejaka2 yang bertuah tu ye..??). ;)
Kami berempat memang sudah plan nak celebrate di Pavilion, KL. Maka, bermulalah perjalanan kami ke Pavilion pada jam 8.30 malam.

ni la dia Pavilion.. tapi di waktu siang la..


Hurm.. Kami bertolak awal sebab nak dinner kat Pavi. (tiba2 teringat pula rancangan Jalan-jalan Cari Makan). Destinasi yang menjadi pilihan ialah Madam Kwan's.


Apa yang menarik di Madam Kwan's ini, restoran ini menghidangkan aneka jenis makanan yang bertemakan "Truly Malaysian Cuisine". Ada Nasi Lemak with Chicken Rendang (RM14.20), Mushroom Chicken Rice (RM15.00), Char Kuey Teow (RM14.70), Curry Laksa (RM12.30) dan macam2 lagi. Namun begitu, hidangan yang menjadi pilihan saya ialah Nasi Bojari (RM20.50).

Nasi Bojari





Nasi Bojari menjadi pilihan saya atas beberapa faktor. Pertama, sebab saya tidak pernah makan Nasi Bojari. Yang kedua, berdasarkan gambar pada menu yang diberikan, nasi ini nampak menarik. Yang ketiga, saya suka makan ayam dan udang (yummylicious..!!).

Nasi Bojari ini memang boleh dikategorikan sebagai "complete wholesome". Nasi ala2 beriyani ini dilengkapi dengan ayam yang digoreng sempurna, sambal udang (udang yang fresh), daging hiris(ala2 masak rendang) dan telur rebus.

Hidangan "besar" ini amat berbaloi..!! 

Asyik sangat bercerita pasal Nasi Bojari, lupa pula nak introduce siapakah 3 jejaka bertuah yang menemani saya malam semalam. Hehe..
Jejaka bertuah pertama >> Syafiq, Arsenal Player 

Jejaka bertuah Ke-2 >> Hafiz, Mr. Black Berry Torch

Jejaka bertuah Ke-3 >> JR, Mr. Cameraman

Dinner kami semalam not all about Nasi Bojari. Dinner kami diakhiri dengan desert ala2 babana split tapi bukan banana split (haha.. ting-tong tak..??).  Nama desert kami ialah Banana Fritters with Ice Cream (RM10.20). Pisang yang digoreng rangum keemasan ini memang begitu enak digandingkan dengan vanilla ice cream.. Delicious..!!
Banana Fritters with Ice Cream

Selain itu juga, terdapat lagi desert2 yang menarik di sini iaitu Ice Kacang (RM6.50), Cendol (RM5.80) dan macam2 lagi.

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati.. :) Oleh sebab masih awal untuk menanti 12.00 malam, kami berjalan2 di sekitar Pavilion.

Setelah hampir pukul 12.00 malam, maka countdown pun bermula.......



Setelah itu, acara yang paling dinanti2kan pun menjelma.......


Yes..!! Dapat tengok fireworks.. :)

Malam tahun baru kami diakhiri dengan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan kami tiba di UKM sekitar jam 3 pagi.

Sejenak berfikir Ada Apa Dengan Tahun Baru, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia yang diberikan olehNya, saya masih bernafas di tahun 2011, hari ini. Alhamdulillah.



Apa azam tahun baru ye..?? InsyaAllah, akan saya cerita pada entry akan datang. :)


5 comments:

Life aint easy said...

mcm best jer nasi bojari tuh..nak try lah..kuat berminyak x weyh??

syafiqsulaiman said...

sedap woo..!!!
sape yg x pnah try..
mest try..!

Izzatie Natasha said...

yeah.. nasi bojari.. :)

nn said...

bestnya. hari tu aku nak makan kat sana tapi ramai gila orang. nak booking, dah lapar sangat dah. last-last makan kat tempat lain. huhuhuhu

Izzatie Natasha said...

owh.. time aku gi tupun ramai orang tapi nsib baek ade tmpat.. :) nn, try nasi bojari tu.. really worthy..

Sponsored By

 
Copyright 2010 Dealova Lover
Dealova Pink Blogger template Installed by ARC™