1. Nama bangunan ini ialah "The Crookedhouse".. Dibina pada Januari hingga Disember 2003.. Reka bentuknya diilhamkan berdasarkan lakaran dan lukisan oleh Jan Marcin Scanzer dan Per Dahlberg..
2. Ni ialah Ideal Palace di France.. Bangunan ini memakan masa selama 33 tahun untuk menyiapkannya.. 2 dekad pertama digunakan hanya untuk menyiapkan bahagian luar sahaja..
3. Nama bangunan ini ialah "Kansas City Public Library".. Don't be surprised cause apa yang korang tengok ni hanyalah rekaan luar bagi garaj parking sahaja untuk pengunjung yang bertandang ke sini..
4. Idea asal untuk membina rumah cubic ini timbul pada tahun 1970-an.. Piet Blom telah membina beberapa rumah cubic di Helmond.. Sterusnya, Datuk Bandar Rotterdam meminta beliau mereka bentuk bahagian atas jejantas bagi pejalan kaki dan beliau akhirnya menggunakan idea rumah cubic tersebut..
5. Bangunan gabungan piano dan biola ini telah dibina di An Hui, China.. Bangunan berbentuk biola merupakan bahagian eskulator bangunan ini.. Bangunan ini dibina adalah untuk mengembangkan potensi budaya di daerah tersebut..
6. Bangunan ini pula adalah "Hundertwasser House".. Ia diilhamkan oleh pelukis dan arkitek terkenal, Friedensreich Hundertwasser yang telah dibina antara tahun 1998-2000 di Darmstadt..
7. "The Basket Building" merupakan pejabat bagi "The Longaberger Basket Company" di Newark, Ohio.. Bangunan ini merupakan pejabat paling pelik di dunia..
8. Bangunan ini ialah "Wonderworks Orlando Amusement Park".. Bangunan yang terletak di Florida ini menyediakan pelbagai taman tema di dalamnya untuk keseronokan pengunjung yang hadir ke situ..
9. Ini ialah "Dancing House".. Bangunan ini merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi jika korang holiday kat Kota Prague, Republik Czech.. *tiba2 teringat kat Sehati Berdansa dan Mari Menari.. ;)
10. Ini ialah Auto Residence.. Sebuah reka bentuk moden dan unik yang didirikan di daerah perbatasan Gnigl dekat Salzburg, Austria dengan berkonsepkan alam dan gaya khas pinggiran kota pada tahun 1970-an..
Bestnye if dapat gi semua tempat2 unik ni..!! :)
4 comments:
macam2 bangunan ade..
yg penting kreatif
yurp2.. teringin nak tengok those buildings in reality.. :) *hope dapat gi time honeymoon with my hubby..!! ;P
tengah cari info pasal ni jugak...4 coming entry...tq dear...get some info
welcome.. juz some info about 'em..
Post a Comment