You Are Reading

2

Bila Mat Rempit Beraksi..

Izzatie Natasha Monday, January 3, 2011
Hai bloggers semua..!!

Hari ni adalah hari pertama persekolahan 'adik-adik' kita.. Hari ni juga hari pertama saya tulis tarikh .....2011.. Mula2 tersilap juga, nak tertulis 2010.. Maklumlah, baru masuk tahun baru. ;) Sedar tak sedar dah lebih sedekad kita di alaf baru..

Entri hari ni saya nak bercerita mengenai 'Mat Rempit'.. Kenapa saya nak cerita pasal mat rempit ni..?? (dah xde cerita lain ke??!) Hurm.. Sebabnya, tak kisah la kita di tahun 2011 ke, 2010 ke, 2009 ke, masalah kebejatan sosial ni tak pernah stop.. Mesti ada sahaja kes2 mat rempit yang dilaporkan.. Ish3.. Bila la nak berubah..

mat2 rempit dah ready nak berlumba..


Kalau korang semua nak tahu, sebutan rempit tu berasal daripada perkataan rampit yang menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya.. Bila mat2 rempit ni beraksi, macam2 gaya yang boleh diorang persembahkan.. Ada beberapa gaya yang popular dalam kalangan diorang.. Check it okay! 

1. Wheelie- untuk aksi ni, mat2 rempit akan menunggang laju (ada ke mat rempit yang tunggang slow..??) sambil mengangkat tayar di bahagian hadapan..



2. Wikang- untuk aksi ni pula, diorang akan menunggang laju sambil mengangkat tayar belakang..



3. Scorpion- aksi ni lagi 'up' sikit.. diorang akan menunggang laju sambil angkat kaki ke atas.. wow!



4. Superman- apa lagi.. aksi ni mestila tunggang moto macam superman.. terasa diri dah macam superhero kot..


5. Pereng/Corner- kaki akan bergesel di jalan raya apabila di selekoh..

ni lagi power.. kepala yang bergesel..


Hurm.. Bak kata pepatah, "sudah terhantuk, baru hendak tengadah".. Time 'merempit' tak 'hengat' dunia.. Bila dah 'kena' baru menyesal..

Antara akibat daripada perbuatan 'merempit' ini..



Kalau 'kantoi' dengan polis, tak pe la juga.. Lepas tu boleh bertaubat..

Macam mana kalau dah accident dan tak sempat nak bertaubat..?? "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"..


Oleh itu kawan2, sempena tahun baru ni, jom kita sama2 buat azam baru.. Katakan TIDAK pada rempit.. (ala2 katakan TIDAK pada rokok).. Ingatlah orang tersayang..

Pesanan ikhlas daripada,

Izzatie Natasha.. :)

2 comments:

Qaseh Adriana :) said...

tbe2 trasa cm asigmnent criminal msa 2nd year. hehe:)

Izzatie Natasha said...

cam ala2.. haha~

Sponsored By

 
Copyright 2010 Dealova Lover
Dealova Pink Blogger template Installed by ARC™